Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pic Of The Day Sayu Inilah Penyambung Warisan Wira Sang Saka Biru

Published: 22 Oct 2021 2.25 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Suasana sedih menyelubungi Dewan Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman apabila Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menyampaikan pangkat 'Posthumous' dan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja kepada waris wira-wira Pasukan yang terkorban sewaktu bertugas, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pic-of-the-day-sayu-inilah-penyambung-warisan-wira-sang-saka-biru
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:33 MYT
Suasana sedih menyelubungi Dewan Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman apabila Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menyampaikan pangkat 'Posthumous' dan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja kepada waris wira-wira Pasukan yang terkorban sewaktu bertugas, petang tadi.

Anakanada kepada Allahyarham Sarjan Mejar Hj. Mohd Arifah kelihatan sayu di salah satu sudut dalam dewan sewaktu nama ayahandanya disebut oleh pasangan pengacara majlis tadi.

Buat waris Wira-wira Sang Saka Biru, semoga kalian tabah dan kuat menghadapi dugaan ini. Sesungguhnya kami sebagai sahabat perjuangan akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka di dunia dan akhirat.

Buat anakanda Wira-wira Sang Saka Biru, kesatlah air matamu dan berceritalah dengan penuh kebanggaan kepada semua betapa hebat dan mulianya pengorbanan ayahanda kalian. Ketahuilah, tidak semua orang mampu menjadi Wira sepertimana mereka.

Dan kami doakan semoga adik-adik menjadi anak yang soleh dan solehah, sentiasa mentaati ibu dan berjaya dalam segala bidang di lapangan. InsyaAllah...

ArticlePublished 22 Oct 2021 2.25 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM