Article
Pic Of The Day Polis Trafik Kajang Beri Pendedahan Keselamatan Jalan Raya Kepada Murid Tadika
Sepasukan anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang meluangkan masa menyantuni 38 murid dan empat guru pengiring dari Sekolah Tadika Amazing Seed, Bandar...
Sepasukan anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang meluangkan masa menyantuni 38 murid dan empat guru pengiring dari Sekolah Tadika Amazing Seed, Bandar Putri Bangi, Selangor sempena program lawatan sambil belajar.
Selain mendengar penerangan mengenai peranan polis trafik dan kepentingan keselamatan jalan raya, murid-murid turut berpeluang melihat aset motosikal Pasukan dengan lebih dekat.
Sumber: Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kajang