Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Sindiket Dadah Rm2 4 Bilion Tumpas Lima Dihadap Ke Mahkamah

Diterbitkan: 09 Sep 2026 8.50 AM Dikemas kini: 09 Sep 2026 8.50 AM
Kuala Selangor, 9 September 2026 – Polis menumpaskan sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah dengan rampasan dianggarkan bernilai RM2.4 bilion, selain membongkar sebuah makmal haram di Puncak Alam menerusi Op Eumenes di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur pada 15 Ogos lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-sindiket-dadah-rm2-4-bilion-tumpas-lima-dihadap-ke-mahkamah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:41 MYT
 
Kuala Selangor, 9 September 2026 – Polis menumpaskan sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah dengan rampasan dianggarkan bernilai RM2.4 bilion, selain membongkar sebuah makmal haram di Puncak Alam menerusi Op Eumenes di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur pada 15 Ogos lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, polis turut menahan tiga lelaki tempatan serta masing-masing seorang lelaki dan wanita warga asing, berumur 29 hingga 43 tahun menerusi enam siri serbuan berasingan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Hasil serbuan itu, kita berjaya merampas pelbagai jenis dadah dengan anggaran 13.17 tan antaranya Ganja, Erimin 5, Ketamin, Yaba dan Methamphetamine serta pelbagai mesin dan peralatan dipercayai digunakan untuk memproses dadah di premis di kawasan perindustrian itu,” katanya dalam sidang media di sebuah kawasan perindustrian di Puncak Alam, di sini hari ini.

Dato' Hussein berkata nilai keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan RM2.4 bilion, sekali gus dipercayai sebagai rampasan dadah terbesar tahun ini.

Beliau berkata sindiket yang dipercayai aktif sejak Februari lepas itu menggunakan modus operandi mendapatkan bekalan dan peralatan pemprosesan dadah yang dibawa masuk dari China sebelum diseludup ke Malaysia.

Di samping itu, beliau berkata polis turut menemukan sebuah kontena di dalam premis makmal dadah itu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan modus operandi sindiket membawa masuk bahan serta peralatan dari luar negara.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,  https://bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2604932

ArtikelDiterbitkan 09 Sep 2026 8.50 AMDikemas kini 09 Sep 2026 8.50 AM