Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pic Of The Day Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada 20210105

Published: 05 Jan 2021 12.13 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ku hulur tangan pada yang malang, Ku beri bakti pada insan melarat, Ku gadai nyawa, ku bukan penghalang Ku berkorban untuk semua.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pic-of-the-day-polis-dan-masyarakat-berpisah-tiada-20210105
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:48 MYT
Ku hulur tangan pada yang malang,
Ku beri bakti pada insan melarat,
Ku gadai nyawa, ku bukan penghalang
Ku berkorban untuk semua.

Begitulah antara bait-bait lagu ‘Ibarat Lilin’ nyanyian Encik Nasir Yusoff yang dirakamkan pada tahun 1990 yang menggambarkan bahawa para petugas Polis Diraja Malaysia sentiasa bersiap siaga dalam apa jua keadaan bagi memastikan keselamatan masyarakat sentiasa terjamin dan keharmonian negara dapat dikekalkan.

Begitu juga komitmen yang ditunjukkan oleh para petugas dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, Johor yang bertungkus lumus membantu memindahkan penduduk yang terjejas dengan banjir ke tempat yang selamat.

Diharapkan agar para petugas sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan masyarakat dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Sama-sama kita doakan agar mereka yang ditimpa ujian ini diberikan kekuatan dan kecekalan hati untuk meneruskan kehidupan lebih baik pada masa akan datang.


#05012021

Image may contain: 2 people, people standing, outdoor and water

Image may contain: 3 people, people standing and outdoor, text that says 'POLIS POLIS POLIS POLIS POLIS'
ArticlePublished 05 Jan 2021 12.13 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM