
Artikel
Pic Of The Day Pdrm Tunai Hasrat Kanak Kanak Pesakit Leukemia Menjadi Pegawai Polis
Batu Gajah, 9 Jun 2023 - Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah dengan kerjasama organisasi Make-A-Wish Malaysia menunaikan hasrat seorang kanak-kanak lelaki yang...
Batu Gajah, 9 Jun 2023 - Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah dengan kerjasama organisasi Make-A-Wish Malaysia menunaikan hasrat seorang kanak-kanak lelaki yang menghidap penyakit leukemia menjadi seorang pegawai polis, Khamis lepas.
Adik Muhamad Wirdas Hafiy telah dibawa meronda di sekitar kawasan Batu Gajah dan mereka turut singgah di sekolahnya di Sekolah Kebangsaan Sultan Yusuf.
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mendoakan kesihatan yang berpanjangan buat adik Muhamad Wirdas Hafiy dan didoakan semoga cepat sembuh seperti sediakala. Amin..
Sumber: Polis Daerah Batu Gajah