Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pic Of The Day Op Selamat 18 Di Penghujung Ramadan Warga Sang Saka Biru Terus Kekal Jaga Keselamatan Rakyat

Diterbitkan: 30 Apr 2022 2.08 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Ramadan 2022 semakin menuju ke penghujungnya. Semoga segala amal ibadat dan pengorbanan warga Sang Saka Biru diterima oleh Yang Maha Esa serta mereka terus istiqamah melaksanakannya.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pic-of-the-day-op-selamat-18-di-penghujung-ramadan-warga-sang-saka-biru-terus-kekal-jaga-keselamatan-rakyat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:30 MYT
Ramadan 2022 semakin menuju ke penghujungnya. Semoga segala amal ibadat dan pengorbanan warga Sang Saka Biru diterima oleh Yang Maha Esa serta mereka terus istiqamah melaksanakannya.

Tatkala ramai yang teruja menyambut lebaran bersama keluarga tercinta, namun sebahagian besar dari keluarga Polis Diraja Malaysia akan terus berkhidmat melindungi rakyat dan negara tanpa mengira masa dan ketika.

Begitulah semangat yang ditonjolkan oleh para pegawai dan anggota yang diketuai ASP Nasyrul Ridzuan dari Unit Peronda Lebuhraya Zon Tengah A, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman yang sempat menjamah sedikit juadah untuk berbuka puasa di Kilometer 440 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dalam Op Selamat 18, kali ini.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#30042022
 
ArtikelDiterbitkan 30 Apr 2022 2.08 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM