
Artikel
Pic Of The Day Khidmat Tanpa Mengira Waktu Keselamatan Masyarakat Sentiasa Diutamakan
Tindakan pantas dua anggota Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah, Sarjan Mohd Mustaqim Ismail dan Koperal Sazua...
Tindakan pantas dua anggota Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah, Sarjan Mohd Mustaqim Ismail dan Koperal Sazuan Sanin yang membantu mengalihkan pokok tumbang di Jalan Mengkuang ke Kampung Pasir Bidor, kelmarin, mencerminkan komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan keselamatan masyarakat sentiasa terpelihara.
Keprihatinan yang ditunjukkan bukan sahaja membantu melancarkan aliran trafik, malah mengurangkan risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya. Walaupun tugas ini di luar skop penguatkuasaan, semangat untuk membantu masyarakat sentiasa menjadi keutamaan warga Sang Saka Biru.
Terima kasih atas dedikasi dan keikhlasan dalam berkhidmat. Semoga usaha murni ini terus menyemarakkan kepercayaan masyarakat terhadap PDRM serta mengukuhkan hubungan erat antara polis dan komuniti.