Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pic Of The Day Keceriaan Warnai Lawatan Anak Anak Ke Bp Bandar Dato Onn 20260907

Published: 07 Sep 2026 2.45 AM
Suasana Balai Polis (BP) Bandar Dato’ Onn, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan semalam bertukar ceria dengan kehadiran 100 murid bersama tujuh guru pengiring daripada Komuniti Kebajikan Ajar-Ajar Malaysia.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pic-of-the-day-keceriaan-warnai-lawatan-anak-anak-ke-bp-bandar-dato-onn-20260907
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:53 MYT
 
Suasana Balai Polis (BP) Bandar Dato’ Onn, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan semalam bertukar ceria dengan kehadiran 100 murid bersama tujuh guru pengiring daripada Komuniti Kebajikan Ajar-Ajar Malaysia.

Wajah teruja dan gelak tawa jelas terpancar apabila anak-anak berpeluang menaiki kenderaan Pasukan, melihat pelbagai aset polis serta mengenali dengan lebih dekat peranan anggota Polis Diraja Malaysia dalam menjaga keselamatan komuniti.

Pengalaman istimewa ini bukan sahaja mencipta kenangan manis buat mereka, malah menyemai nilai menghargai keamanan dan mengeratkan hubungan antara polis dengan masyarakat selaras dengan konsep “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.”

Sumber: Polis Dato’ Onn










ArticlePublished 07 Sep 2026 2.45 AM