Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pic Of The Day Ipd Padang Besar Sambut Lawatan Sjk C Padang Besar

Published: 08 Aug 2025 2.47 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar berbesar hati meraikan kehadiran rombongan dari Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) Padang Besar ke balai berkenaan pada rabu lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pic-of-the-day-ipd-padang-besar-sambut-lawatan-sjk-c-padang-besar
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:23 MYT
Warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar berbesar hati meraikan kehadiran rombongan dari Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) Padang Besar ke balai berkenaan pada rabu lalu.

Rombongan seramai 172 orang, termasuk murid dan guru pengiring, diketuai oleh Guru Besar, Tuan Tan Che Yee. Sepanjang lawatan, peserta diberi taklimat berkaitan jenayah seksual, buli dalam kalangan kanak-kanak, serta penggunaan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol yang menyediakan tip keselamatan diri dan langkah pencegahan jenayah.

Murid-murid turut berpeluang bergambar kenangan bersama pegawai polis, merasai pengalaman menaiki kenderaan pasukan, dan melihat pameran persenjataan yang disediakan.

Program ini bukan sahaja berjalan lancar seperti dirancang, malah berjaya mengeratkan hubungan antara warga sekolah dan pihak polis, selaras dengan slogan Polis Diraja Malaysia, “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.”


May be an image of 4 people and text

May be an image of 11 people, child and text

May be an image of 2 people, crowd and text

May be an image of 7 people, people studying and text

May be an image of 4 people and text
ArticlePublished 08 Aug 2025 2.47 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM