
Article
Pic Of The Day Bspt Ipd Seremban Ceriakan Warga Taska Perpaduan Taman Temiang
Sumber: Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban
Warga Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban melayan mesra kanak-kanak Taska Perpaduan Taman Temiang sempena operasi OP Didik dan Program Ceramah Keselamatan Jalanraya (PKJR) kelmarin.
Mereka yang ditemani enam guru pengiring begitu teruja dan ceria apabila berpeluang menaiki kenderaan yang digunakan oleh polis dalam tugasan harian.
Melalui program tersebut, anak-anak cilik akan dapat lebih memahami dan menghargai tugas seorang anggota polis di lapangan di samping lebih cakna tentang keselamatan jalan raya.