Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Tular Pergaduhan Melibatkan Sekumpulan Individu

Diterbitkan: 06 Nov 2024 7.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-tular-pergaduhan-melibatkan-sekumpulan-individu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 10:18 MYT
"Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong telah menerima satu laporan pada 23 Oktober 2024 jam lebih kurang 5.55 petang dari seorang warganegara tempatan yang bertugas sebagai polis bantuan di Genting Highlands, Pahang".

"Kejadian telah berlaku pada 23 Oktober 2024 jam lebih kurang 3.15 petang, yang melibatkan lebih lapan orang lelaki di dalam Kasino Genting Highlands. Pergaduhan tersebut berpunca daripada pertengkaran tentang insuran cip kasino bernilai RM100,000 yang perlu dibayar oleh salah seorang suspek".

"Tujuh orang suspek telah berjaya ditahan bagi membantu siasatan. Kesemua suspek terdiri daripada warganegara tempatan dan warganegara asing yang berumur lingkungan 39 hingga 70 tahun".

"Pada 28 Oktober 2024, seramai tiga suspek telah dituduh di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali manakala empat lagi suspek dibebaskan setelah mendapat arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya Pahang".

Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar

Video Tular Pergaduhan Melibatkan Sekumpulan Individu
 
 
ArtikelDiterbitkan 06 Nov 2024 7.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM