
Article
Pic Of The Day Anggota Balai Polis Ulu Tiram Bantu Pemilik Motosikal Rosak
Keprihatinan dua anggota polis dari Unit Ronda Cegah Jenayah, Balai Polis Ulu Tiram iaitu Koperal Muhammad Faizal Ishak dan Lans Koperal Ronnie Ngah membantu d...
Keprihatinan dua anggota polis dari Unit Ronda Cegah Jenayah, Balai Polis Ulu Tiram iaitu Koperal Muhammad Faizal Ishak dan Lans Koperal Ronnie Ngah membantu dua lelaki yang mengalami kerosakan motosikal di Jalan Taman Gunung Emas, Ulu Tiram, Johor, wajar diberi pujian.
Bimbang dengan keselamatan penunggang dan pembonceng motosikal tersebut, kedua-dua anggota berkenaan yang sedang melakukan rondaan di kawasan berkenaan telah menghantar motosikal mereka ke rumah individu yang berhampiran.
Terima kasih wira-wira Pasukan kerana sentiasa ada bagi membantu memudahkan urusan mereka yang di dalam kesusahan.
Sumber: Balai Polis Ulu Tiram


