Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pic Of The Day 20191228

Published: 28 Dec 2019 4.00 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Seramai 31 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) serta Pertubuhan Pelindung Alam Malaysia (PELINDUNG) telah menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan mengagih bekalan makanan asas seberat empat tan kepada 100 keluarga Orang Asli di Pos Gob, Gua Musang, Kelantan, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pic-of-the-day-20191228
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:37 MYT

Seramai 31 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) serta Pertubuhan Pelindung Alam Malaysia (PELINDUNG) telah menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan mengagih bekalan makanan asas seberat empat tan kepada 100 keluarga Orang Asli di Pos Gob, Gua Musang, Kelantan, kelmarin.

Bekalan makanan yang disumbangkan oleh PELINDUNG itu dibawa dengan menaiki helikopter milik Pasukan Gerakan Udara PDRM sebelum berjaya disampaikan kepada masyarakat Orang Asli dengan bantuan pihak PERHILITAN.

CSR berkenaan adalah sebahagian daripada Operasi Bersepadu Khazanah untuk mendekati masyarakat Orang Asli bagi menerangkan tentang kepentingan pemuliharaan dan konservasi hidupan liar sekaligus menangani jenayah melibatkan khazanah negara tidak ternilai itu.

Sumber: FB Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#28122019

Image may contain: one or more people, mountain, grass, sky, outdoor and nature

ArticlePublished 28 Dec 2019 4.00 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM