
Tegas, komited dan berdedikasi - itu ungkapan yang digambarkan oleh anak cucu kepada Allahyarham Sarjan (B) Haji Jantan Abu Bakar apabila menyingkap kembali perwatakan beliau sepanjang berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia.
Allahyarham pernah bertugas di beberapa cawangan seperti Jungle Squad (kini Pasukan Gerakan Am) dan Cawangan Khas serta menggalas jawatan sebagai Ketua Polis Balai Bandar Hilir, Melaka sebelum menjalani tempoh persaraan pada 2 Oktober 1977.
Meskipun sudah 21 tahun pemergiannya, kisah keperwiraan Sarjan (B) Haji Jantan tidak pernah terhenti dalam ingatan ahli keluarga malah terus subur dalam lipatan kenangan.
Antara ahli keluarga beliau yang meneruskan warisan darah Sang Saka Biru ialah menantunya, SAC (B) Datuk Anuar Kassim dan SM (B) Rosli Mohd Hashim selain empat cucunya, ASP Muhammad Rozhan Rosli yang kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Koperal Yusdi Yusop di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Lans Koperal Mohd Azli Md Isa di Ibu Pejabat Polis Daerah Selama, Perak serta Konstabel Mohd Shukri Ayub di Balai Polis Tampoi, Johor.
Semoga roh Allahyarham Sarjan (B) Haji Jantan dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama para syuhada. Pastinya jasa dan pengorbanan beliau akan sentiasa dikenang oleh warga Pasukan.
Kiriman: ASP Penyelaras (Perkhidmatan/Perjawatan), ASP Muhammad Rozhan Rosli dari Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Jika anda memiliki koleksi gambar-gambar lama berkaitan polis yang menarik dan ingin kongsikan bersama rakan-rakan netizen yang lain, boleh hantarkan kepada kami melalui emel official.pdrmsia@gmail.com.
Sertakan bersama tarikh/tahun gambar diambil, siapa dalam gambar tersebut dan sedikit penceritaan bagi peristiwa/majlis/kejadian yang dirakamkan.
#DownMemoryLane
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP