Piala Urus Setia Kpn Kejohanan Ten Pin Bowling
Petaling Jaya, 5 Mac 2017 - Sebanyak 14 pasukan terdiri daripada setiap bahagian di bawah Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) telah berentap bagi membawa pulang Piala Kejohanan 'Ten Pin Bowling' Urus Setia KPN 2017 yang diadakan di U-Bowl Centre, One Utama, dekat sini, pagi tadi.
Kejohanan disertai Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), DCP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), SAC Dato’ Khalil Azlan Chik dan Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Lim Leong Hock.
Seperti tahun-tahun yang lalu, pihak Urus Setia KPN juga telah banyak menganjurkan program-program seperti hari keluarga dan kejohanan futsal bertujuan mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan serta semangat kerja berpasukan.
Selain itu, kejohanan ini juga menggalakkan budaya hidup sihat, membentuk jati diri serta meningkatkan disiplin dan integriti di kalangan warga PDRM.
Bahagian Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) telah menjadi johan keseluruhan dengan pungutan jatuhan pin sebanyak 1,533 diikuti naib juara oleh Bahagian Pasukan Khas Siasatan Bersepadu (PKSB), Urus Setia KPN dengan pungutan jatuhan pin sebanyak 1,511 dan tempat ketiga disandang oleh Bahagian Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) dengan pungutan jatuhan pin sebanyak 1,494.
14 pasukan di bawah Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) bergambar kenangan..
Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), DCP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd turut serta dalam kejohanan tersebut..
Sekitar perlawanan berlangsung...
Sekitar perlawanan berlangsung...
Sekitar perlawanan berlangsung...
Sekitar perlawanan berlangsung...
Sekitar bergambar kenangan..
Sekitar bergambar kenangan..
Sekitar perlawanan berlangsung...
Sekitar bergambar kenangan bersama pasukan..
Johan keseluruhan dimenangi oleh Bahagian Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) dengan pungutan jatuhan pin sebanyak 1,533..
Naib juara dimenangi oleh Bahagian Pasukan Khas Siasatan Bersepadu (PKSB), Urus Setia KPN dengan pungutan jatuhan pin sebanyak 1,511..
Tempat ketiga disandang oleh Bahagian Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) dengan pungutan jatuhan pin sebanyak 1,494.
Johan kategori 'Series' Lelaki Individu dimenangi oleh Sjn Megat Munir Megat Salleh..
Sesi penyampaian cenderahati kepada Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), DCP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd..