Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pgm Tahan 26 Pelarian Myanmar

Diterbitkan: 13 Jun 2014 2.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Hasil pemeriksaan mendapati lima daripada mereka tidak memiliki sebarang dokumen manakala selebihnya disyaki memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) pals..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pgm-tahan-26-pelarian-myanmar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 02:35 MYT

KLANG 17 Januari 2010. - Cubaan 26 pelarian Myanmar menyeludup masuk ke negara ini dengan menaiki sebuah feri penumpang gagal apabila semua mereka ditahan Pasukan Gerakan Marin (PGM) di Sungai Lima dekat Pulau Ketam, di sini semalam.

Hasil pemeriksaan mendapati lima daripada mereka tidak memiliki sebarang dokumen manakala selebihnya disyaki memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) palsu.

Ketika ditahan kira-kira pukul 6.30 petang, kesemua lelaki berusia di antara 17 dan 56 tahun itu baru menaiki feri penumpang tersebut untuk ke Pelabuhan Klang. Ia merupakan kali pertama warga berkenaan dikesan cuba menyeludup masuk ke negara ini melalui Pelabuhan Klang.

Pegawai Pemerintah PGM Pelabuhan Klang, Deputi Supritendan Norzaid Muhammad Said berkata, kebiasaannya mereka akan masuk melalui utara Semenanjung seperti Pulau Langkawi, Kedah dan Pulau Pinang.

Katanya, semasa ditahan, kumpulan itu dalam keadaan kelaparan kerana dipercayai tidak makan sepanjang dua hari bersembunyi di hutan bakau di Pulau Ketam.

"Mereka sampai di pulau itu dari negara jiran sejak kelmarin dengan menggunakan sebuah bot kecil yang didalangi satu sindiket. Mereka kemudian menaiki feri penumpang untuk ke Pelabuhan Klang.

"Dipercayai mereka membayar 100,000 rupiah (RM37) setiap seorang dan dipercayai kumpulan pelarian itu pernah ditahan oleh penguat kuasa dari negara jiran," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya setakat ini belum mengenal pasti sindiket berkenaan kerana kumpulan pelarian tersebut ditahan ketika di dalam feri penumpang.

Menurut Norzaid, kesemua mereka telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen dan siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 6 (1) (c) 1959/163 Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 2.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM