Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pgm Sandakan Tahan 10 Kapal Nelayan Pukat Tunda Bersama 24 K

Diterbitkan: 16 Jun 2014 3.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis Gerakan Marin (PGM) menahan 10 kapal nelayan pukat tunda bersama 24 anak kapal selepas dikesan menangkap ikan di kawasan larangan di perairan Teluk Bay..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pgm-sandakan-tahan-10-kapal-nelayan-pukat-tunda-bersama-24-k
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:28 MYT
SANDAKAN, 26 Februari 2011 (Bernama)

Polis Gerakan Marin (PGM) menahan 10 kapal nelayan pukat tunda bersama 24 anak kapal selepas dikesan menangkap ikan di kawasan larangan di perairan Teluk Bay di sini Jumaat.

Pemangku Pegawai Pemerintah Markas Operasi PGM Sandakan ASP Muhammad Sallam Spawi berkata kapal nelayan tersebut ditahan pada 11.40 malam ketika menjalankan aktiviti menunda pukat di kawasan larangan iaitu tiga batu nautika dari pantai atau pada kedalaman kurang dari 10 meter.

Sebanyak 410 kilogram udang dan 140 kilogram ikan turut dirampas dari kapal nelayan pukat tunda terbabit yang berdaftar di Sandakan, katanya pada sidang akhbar di sini Sabtu.

Menurutnya kesemua juragan dan anak kapal tersebut adalah rakyat tempatan dan kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan.

Katanya mengikut seksyen itu, kesalahan pertama boleh dikompaun RM500, bagi kesalahan kedua dikenakan RM1,000 manakala kesalahan ketiga, kapal nelayan itu boleh disita oleh mahkamah.

Muhammad Sallam berkata kesemua kapal nelayan yang ditahan itu melakukan kesalahan pertama dan kes itu diserahkan kepada Jabatan Perikanan untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata sejak Januari lepas sehingga semalam, 22 bot nelayan pukat tunda ditahan kerana menangkap ikan di kawasan larangan di perairan daerah itu dan Kinabatangan.

Katanya tindakan kapal nelayan pukat tunda menangkap ikan di kawasan itu boleh menjejaskan usaha memulihara ikan dan hidupan marin lain serta menjejaskan hasil tangkapan nelayan tradisi yang menangkap ikan di pesisir pantai.
ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 3.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM