Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pga Selesai 43 Kes Jenayah Di Kelantan 20140619

Published: 19 Jun 2014 1.03 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Bharu, 6 Feb - Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menyelesaikan 43 kes jenayah termasuk penyeludupan dalam Ops Cantas Khas PGA di empat daerah yang terletak di kawasan sempadan Malaysia-Thailand da..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pga-selesai-43-kes-jenayah-di-kelantan-20140619
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:49 MYT

Kota Bharu, 6 Feb - Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menyelesaikan 43 kes jenayah termasuk penyeludupan dalam Ops Cantas Khas PGA di empat daerah yang terletak di kawasan sempadan Malaysia-Thailand dalam tempoh dua minggu lepas.

Komander Bridged Tenggara PGA Datuk Azizan Abu Taat berkata seramai 60 anggota dan pegawai PGA telah menyertai operasi itu yang melibatkan daerah Tumpat, Tanah Merah, Pasir Mas dan Jeli, sejak 21 Jan lepas.

"Kita berjaya menumpaskan beberapa kegiatan penyeludupan berisiko tinggi seperti senjata api, dadah dan jenayah lain di empat daerah berkenaan.

"Daripada 43 kes tersebut, kita berjaya menahan 72 penjenayah dengan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM63,043," katanya kepada pemberita selepas Majlis Taklimat Ops Cantas Khas Bridged Tenggara, PGA di Mess Pegawai PGA di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Jabatan Keselamatan dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan Supt Azli Mohd Noor.

Azizan berkata pihaknya akan menempatkan beberapa anggota PGA di beberapa balai di empat daerah tersebut.

"Operasi ini akan dilaksanakan secara berterusan dan penguatkuasaan akan dipergiatkan di empat daerah sempadan bagi mengawal aktiviti kemasukan senjata api, pistol dan senapang tiruan serta dadah dari sempadan.

"Kita akan berusaha untuk membanteras sindiket ini daripada terus masuk ke negara ini," katanya.

Sementara itu, pada majlis tersebut seramai 30 pegawai serta anggota PGA menerima surat penghargaan di atas kejayaan mereka menyelesaikan kes sepanjang Ops Cantas Khas PGA dilaksanakan. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 1.03 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM