Article
Pga Sarawak Rampas 1 500 Liter Diesel Bersubsidi
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak berjaya merampas 1,500 liter diesel bersubsidi dari sebuah bot yang sedang berlabuh di sebuah jeti di Sungai Ngiyu di s...
Bintulu, 14 Ogos - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak berjaya merampas 1,500 liter diesel bersubsidi dari sebuah bot yang sedang berlabuh di sebuah jeti di Sungai Ngiyu di sini semalam.
Pegawai Risikan PGA Briged Sarawak, Inspektor Mohamad Dzakariya Abdul Kader berkata dalam serbuan pukul 2.20 petang itu, pihaknya menemukan bekalan diesel bernilai RM30,000 itu dalam tangki yang diubah suai dalam bot berkenaan.
Seorang pekerja bot berkenaan ditahan serta bot bernilai kira-kira RM120,000 turut dirampas bagi membantu siasatan, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya semua hasil rampasan itu diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk tindakan lanjut.- BERNAMA