Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pga Rampas 430 Kilogram Daun Ketum

Published: 18 Jun 2014 1.43 AM Updated: 15 Aug 2026 7.40 PM
Padang Besar, 29 Sept - Sebanyak 430kg daun ketum yang cuba diseludup ke Thailand dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam dua kes di Arau dan Padang Besar semalam dan awal hari ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pga-rampas-430-kilogram-daun-ketum
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:45 MYT

Padang Besar, 29 Sept - Sebanyak 430kg daun ketum yang cuba diseludup ke Thailand dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam dua kes di Arau dan Padang Besar semalam dan awal hari ini.

Ketua Kompani A Batalion 3 PGA ASP Rosdi Ghani berkata dalam kes pertama pukul 6 petang semalam, pasukan itu merampas 200kg daun ketum yang ditemui di dalam sebuah kenderaan jenis Proton Iswara di Arau.

Dalam kejadian itu, pihaknya yang melakukan rondaan mengesan kenderaan yang mencurigakan itu sedang menghala arah sempadan dan semasa kereta itu ditahan dua suspek di dalamnya berjaya melarikan diri.

Rosdi berkata kes kedua pula berlaku pukul 1 pagi ini apabila PGA mengesan seorang lelaki sedang memunggah daun ketum dari sebuah kenderaan di Padang Besar.

Bagaimanapun suspek juga melarikan diri dan polis menemui 230kg daun ketum yang dipercayai akan diseludup ke Thailand. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 1.43 AMUpdated 15 Aug 2026 7.40 PM