Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pga Lahad Datu Rampas Mercun Bernilai Lebih Rm100 000

Published: 16 Jun 2014 1.00 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
LAHAD DATU, 23 Ogos (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) Lahad Datu berjaya merampas 21,000 bungkus mercun jenis Tiger Firework Bawang bernilai RM103,950 termasuk cukai, yang cuba diseludup masuk ke ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pga-lahad-datu-rampas-mercun-bernilai-lebih-rm100-000
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:17 MYT

LAHAD DATU, 23 Ogos (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) Lahad Datu berjaya merampas 21,000 bungkus mercun jenis Tiger Firework Bawang bernilai RM103,950 termasuk cukai, yang cuba diseludup masuk ke daerah berkenaan.

Pegawai Pemerintah Batalion 17 PGA Lahad Datu, Supt Ahmad Fuad Othman berkata mercun yang dipercayai dibawa dari Filipina itu dirampas di kawasan perairan Tungku, pada 5.30 pagi Selasa lalu.

Turut dirampas ialah sebuah kapal nelayan bernilai RM30,000 yang digunakan untuk menyeludup mercun berkenaan, manakala 17 pendatang tanpa izin (PATI) yang berada di atas bot berkenaan turut ditahan.

"Kesemua mereka yang terdiri daripada 12 lelaki dan lima wanita itu, gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri masing-masing apabila diminta berbuat demikian oleh pihak berkuasa," katanya kepada pemberita pada hari Isnin.

Dalam insiden itu, Ahmad Fuad berkata pasukan Tiger Platun Batalion 17 yang meronda di kawasan perairan Tungku telah terserempak dengan kapal nelayan yang mencurigakan sebelum mengejarnya.

"Bagaimanapun, sebaik sahaja menyedari kehadiran pihak berkuasa, juragan dan dua pembantunya dipercayai bertindak melarikan diri dengan terjun ke laut bagi menggelak daripada ditangkap," katanya.

Beliau berkata selepas diperiksa, pihaknya menjumpai mercun tersebut dan siasatan awal mendapati kapal nelayan serta dan PATI berkenaan telah berlepas dari Bongau yang terletak di selatan Filipina.

Setakat ini, Ahmad Fuad berkata pemilik mercun berkenaan belum diketahui, namun pihaknya berjaya mengesan pemilik kapal nelayan itu yang disyaki menjadi dalang kegiatan penyeludupan dari selatan Filipina.

ArticlePublished 16 Jun 2014 1.00 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM