
Article
Pga Bantu Mangsa Ribut Di Kampung Tawas Perak
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Batalion 1, Pasukan Gerakan Am (PGA) hari ini melaksanakan kerja-kerja kebajikan dengan membantu penduduk Kampung Tawas, I...
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Batalion 1, Pasukan Gerakan Am (PGA) hari ini melaksanakan kerja-kerja kebajikan dengan membantu penduduk Kampung Tawas, Ipoh, Perak yang ditimpa bencana ribut, baru-baru ini.
Turut didirikan di kawasan bencana itu ialah sebuah khemah yang dijadikan pusat operasi (subtek) untuk kerja-kerja penyelarasan di antara PDRM dengan pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Bandaraya Ipoh.
Dalam kejadian ribut baru-baru ini, sebanyak lima lokasi bencana telah dikenal pasti iaitu Taman Tawas Mewah, Taman Tasik Damai, Kampung Tawas, Desa Seri Chepor dan Kampung Seri Klebang.