Artikel
Artikel Pilihan Balu Pdrm Masih Dikenang Dan Dihargai
Kuantan, 1 Februari 2022 – Seramai 15 balu kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang meninggal ketika berkhidmat dan lima balu kepada pesara PDRM meneri...
Kuantan, 1 Februari 2022 – Seramai 15 balu kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang meninggal ketika berkhidmat dan lima balu kepada pesara PDRM menerima sumbangan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Tuan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kesemua penerima juga merupakan mangsa banjir pada tahun lalu diziarahi sebagai tanda mengenang jasa suami mereka ketika dalam perkhidmatan.
“Pihak polis menyantuni golongan balu sebagai penghargaan dan mengenang pengorbanan serta jasa pasangan yang pernah berkhidmat di IPD Kuantan.
“Ini bagi memastikan kebajikan balu masih terjaga dan memastikan mereka mendaftar dengan perkhidmatan e-pesara bagi memudahkan agihan bantuan,” katanya pada program menyantuni balu PDRM di Cenderawasih, di sini, semalam.
Dalam pada itu, bekas Koperal Fatimah Abdullah, 66 tahun, berasa terharu dengan semangat pasukan yang ditonjolkan walaupun sudah tidak berada dalam pasukan dalam kepimpinan baru.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut: https://malaysiagazette.com/.../balu-pdrm-masih-dikenang.../
Sumber: Malaysia Gazette