Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Peserta Kembara Pdrm 2012 Diberi Sijil Penghargaan

Diterbitkan: 12 Jun 2014 12.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bukit Aman - 26 April 2012. 'Saya menyeru agar diperbanyakkan lagi idea-idea kreatif dan kritis seperti ini demi mendapatkan sokongan daripada masyarakat seterusnya menaikkan imej pasukan di mata mere..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/peserta-kembara-pdrm-2012-diberi-sijil-penghargaan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:04 MYT
Bukit Aman - 26 April 2012. "Saya menyeru agar diperbanyakkan lagi idea-idea kreatif dan kritis seperti ini demi mendapatkan sokongan daripada masyarakat seterusnya menaikkan imej pasukan di mata mereka", kata YDH Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara di dalam ucapan sempena Majlis Penyampaian Surat Penghargaan kepada peserta Kembara PDRM 2012.

Di dalam majlis tersebut, YDH Ketua Polis Negara mengucapkan syabas dan tahniah kepada YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah selaku Pengerusi Kembara PDRM 2012 kerana telah berjaya memikul tanggung jawabnya dengan penuh dedikasi sehingga membuahkan hasil yang memberi kesan yang positif kepada pasukan ini.

Turut menerima sijil penghargaan ialah Encik Mohd Hanif Suadi, Senior Executive Vice President, Head Community Distribution, Maybank dan Puan Zahrah Bt. Zainuddin, Penerbit Galeri Nasional, Radio Televisen Malaysia (RTM) di atas kerjasama mereka di dalam Kembara PDRM 2012 ini.

Majlis tersebut Turut dihadiri oleh YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar,Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, YDH Dato’ Pahlawan Zulkifli Bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM, Timbalan-timbalan Pengarah, pegawai-pegawai kanan PDRM, peserta-peserta Kembara PDRM 2012 dan wakil-wakil media.


Peserta Kembara Pdrm 2012 Diberi Sijil Penghargaan
Antara yang hadir.

Peserta Kembara Pdrm 2012 Diberi Sijil Penghargaan
Antara yang hadir.

Peserta Kembara Pdrm 2012 Diberi Sijil Penghargaan
YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin ketika memberi ucapan aluan.

Peserta Kembara Pdrm 2012 Diberi Sijil Penghargaan
YDH Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar ketika memberikan ucapan.

Peserta Kembara Pdrm 2012 Diberi Sijil Penghargaan
YDH SAC Datuk Mazlan Bin Mansor, Timb. Peng. JSJ (Perancangan/

Strategi)... antara penerima sijil.

Peserta Kembara Pdrm 2012 Diberi Sijil Penghargaan
Puan Zahrah Bt. Zainuddin, Penerbit Galeri Nasional menerima penghargaan daripada YDH Ketua Polis Negara.

Peserta Kembara Pdrm 2012 Diberi Sijil Penghargaan
Encik Mohd Hanif Suadi, Senior Executive Vice President, Head Community Distribution, Maybank turut menerima penghargaan daripada YDH Ketua Polis Negara.

Peserta Kembara Pdrm 2012 Diberi Sijil Penghargaan
YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin selaku Pengerusi Kembara PDRM 2012 menerima penghargaan daripada YDH Ketua Polis Negara.

Antara penerima Sijil Penghargaan.
Peserta Kembara Pdrm 2012 Diberi Sijil Penghargaan
YDH SAC Nahariah Bt. Hussein turut menerima sijil penghargaan.

Peserta Kembara Pdrm 2012 Diberi Sijil Penghargaan

Peserta Kembara Pdrm 2012 Diberi Sijil Penghargaan
YDH Ketua Polis Negara menerima cenderahati daripada YDH Pengarah JSJ PDRM

Peserta Kembara Pdrm 2012 Diberi Sijil Penghargaan
YDH Timbalan Ketua Polis Negara turut menerima cenderahati.

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 12.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM