Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pesanankhidmatmasyarakat Jangan Tonton Lapor Segera Kandungan Media Sosial Libatkan Penderaan Terhadap Haiwan

Published: 06 Dec 2020 1.56 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Biarpun ramai yang menggunakan aplikasi TikTok untuk mengekspresi diri dalam nyanyian, tarian, lakonan dan sebagainya, namun terdapat segelintir individu yang menyalahgunakannya dengan melakukan penderaan terhadap haiwan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pesanankhidmatmasyarakat-jangan-tonton-lapor-segera-kandungan-media-sosial-libatkan-penderaan-terhadap-haiwan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:32 MYT

Biarpun ramai yang menggunakan aplikasi TikTok untuk mengekspresi diri dalam nyanyian, tarian, lakonan dan sebagainya, namun terdapat segelintir individu yang menyalahgunakannya dengan melakukan penderaan terhadap haiwan.

Golongan ini sanggup memukul, menembak, menggantung malah mencampak haiwan seperti kucing dan anjing dari bangunan yang tinggi atau ke dalam sungai semata-mata untuk mendapat jumlah tontonan tinggi.

Perbuatan tersebut bukan sahaja salah di sisi undang-undang malah secara tidak langsung melahirkan masyarakat yang tidak perikemanusian demi menghasilkan kandungan media sosial yang lain daripada lain.

Jangan sesekali menonton kandungan tersebut atau melakukan "engagement" seperti "like", "comment" atau "share".

Sebaliknya, klik "report" untuk pihak TikTok memadamkan ia dengan segera.
Semua pengguna media sosial juga diminta untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terkesan mana-mana individu yang melakukan kekejaman terhadap haiwan bagi memastikan budaya tidak sihat sebegitu dihentikan segera.

Pesanankhidmatmasyarakat Jangan Tonton Lapor Segera Kandungan Media Sosial Libatkan Penderaan Terhadap Haiwan
ArticlePublished 06 Dec 2020 1.56 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM