Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pesanankhidmatmasyarakat Jangan Terlalu Obses Dengan Permainan Dalam Talian

Published: 03 Sep 2020 2.07 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Permainan video bukan sahaja digemari oleh golongan kanak-kanak, malahan juga remaja dan orang dewasa.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pesanankhidmatmasyarakat-jangan-terlalu-obses-dengan-permainan-dalam-talian
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:23 MYT

Permainan video bukan sahaja digemari oleh golongan kanak-kanak, malahan juga remaja dan orang dewasa.

Revolusi teknologi permainan itu daripada bermain secara bersendirian dan kini boleh berinteraksi dalam talian dengan pemain-pemain lain di serata dunia, menjadikan ia bertambah menarik dan menghiburkan.

Namun, ia tidak sepatutnya menjadikan anda terlalu obses sehingga mengabaikan kesihatan. Ambillah iktibar atas kejadian yang berlaku kepada seorang remaja di India yang meninggal dunia akibat terlalu obses bermain permainan tersebut.

Remaja berkenaan telah bermain tanpa henti untuk beberapa hari, termasuk tidak tidur atau menjamah sebarang makanan mahupun minuman.

Natijahnya, beliau mengalami dehidrasi yang teruk dan akhirnya meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.

Beringatlah ibu bapa, anda harus mengehadkan aktiviti permainan video anak anda dengan menetapkan peraturan yang jelas tentang limitasi waktu dan sebagainya.

Sebaiknya, letakkan permainan tersebut di ruang tamu bagi memudahkan penyeliaan terhadap penggunaannya.

Sumber: Gulf News

Image may contain: text that says 'MENU GULF NEWS INDIA India: 16-year-old 16- dies after continuously playing video game for days, skipped meals India: 16
ArticlePublished 03 Sep 2020 2.07 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM