
Artikel
Pesanankhidmatmasyarakat Jangan Bawa Barangan Muatan Berlebihan Yang Boleh Mengundang Bahaya Pengguna Jalan Raya Lain
Sikap sambil lewa sesetengah pemandu kenderaan khususnya kenderaan perdagangan seperti lori atau treler yang membawa barang muatan secara salah dan berlebihan...
Sikap sambil lewa sesetengah pemandu kenderaan khususnya kenderaan perdagangan seperti lori atau treler yang membawa barang muatan secara salah dan berlebihan sehingga menyebabkan sesetengahnya terjatuh di jalan raya boleh mengundang bahaya kepada pengguna lain terutamanya penunggang motosikal.
Para pemandu kenderaan tersebut perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan memastikan muatan barang yang dibawa dalam keadaan baik serta selamat sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkannya terjatuh di atas jalan raya.