
Pesanankhidmatmasyarakat Ibu Bapa Sila Pantau Anak Kecil Anda Bertiktok
Aplikasi TikTok kini menjadi kegilaan setiap lapisan masyarakat, baik di Malaysia mahupun luar negara. Ia menjadi platform untuk mengekspresikan diri dalam bentuk nyanyian, tarian, seni fotografi dan sebagainya.
Namun demikian, dalam keterujaan menggunakan aplikasi tersebut, tolong ambil peduli mengenai individu yang cuba mengambil kesempatan kepada kanak-kanak (pedofilia).
Mereka ini akan cuba memanipulasi keseronokan merakam cabaran berTikTok dengan melakukan pengantunan kanak-kanak (child grooming); meminta anak kecil berkenaan menyentuh atau melihat bahagian sulit pada tubuh.
Rakaman video tersebut kemudiannya mungkin disimpan sebagai koleksi peribadi atau disebarkan kepada individu pedofilia lain.
Oleh itu ibu bapa sekalian, sila pantau dengan siapa anak kecil anda berTikTok. Pastikan setiap cabaran yang dilakukan sentiasa di bawah pengawasan anda. Sedikit terlalai, anak anda mungkin menjadi mangsa mereka yang tidak bertanggungjawab.
Sumber: Human Tracfficking is not a myth dan Bobbi Lynne Starr