
Pesanankhidmatmasyarakat Gunakan Penuras Matahari Yang Betul Semasa Melihat Gerhana Matahari
Hari ini, 26 Disember 2019 merupakan tarikh di mana seluruh rakyat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Anulus (cincin) dan separa yang amat jarang berlaku.
Anda dinasihat untuk menggunakan penuras (filter) matahari yang betul sebelum melakukan cerapan. Anda juga dinasihatkan tidak mengabaikan aspek keselamatan diri semasa melakukan cerapan gerhana ini.
Bagi yang beragama Islam juga disunatkan melakuan solat sunat gerhana atau kusuf bermula dari mulanya gerhana sehingga gerhana berakhir.
Lokasi kawasan yang mengalami fenomena gerhana matahari ini seperti di Infografik.
Sumber - FB Mufti Wilayah Persekutuan
Sila layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini dari kami di:
Facebook - https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/
Instagram - https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
Twitter - https://twitter.com/PDRMsia
You Tube - https://www.youtube.com/user/PDRMsia