
Kpn Terima Kunjungan Hormat Perpisahan Panglima Atm
Kuala Lumpur, 26 Disember 2019 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador pagi tadi menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Zulkifli Haji Zainal Abidin yang bakal menjalani cuti persaraan awal tahun hadapan.
Tan Sri Zulkifli merupakan Panglima ATM yang ke-20 selepas mengambil alih tampuk kepimpinan Pasukan Pertahanan utama negara itu pada 20 Jun 2018.
Semasa pertemuan yang berlangsung di Dewan Banquet, Menara 1, Bukit Aman tadi, Tan Sri Abdul Hamid telah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan buat Tan Sri Zulkifli yang telah dianggap sahabat 'susah dan senangnya'.
“Beliau merupakan seorang rakan seperjuangan yang sentiasa menghulurkan bantuan apabila diperlukan dan tidak pernah lokek mencurahkan idea-idea baharu dalam menyumbang ke arah keamanan serta keselamatan negara,” ucap beliau.
Tambah Tan Sri Abdul Hamid lagi, Tan Sri Zulkifli telah menyumbangkan khidmat bakti kepada ATM khususnya, dan negara amnya. Beliau pernah terlibat secara aktif dalam operasi Counter Insurgency Warfare semasa melawan anasir komunis dari tahun 1979 sehingga 1989 dan pernah menjadi jurulatih kanan di New Zealand Army Infantry School dalam pengajian senjata, taktik serta Counter Insurgency Warfare.
Terdahulu, ketibaan Tan Sri Zulkifli di lobi Menara 1, Bukit Aman telah disambut oleh Tan Sri Abdul Hamid bersama timbalannya, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor.
Beliau kemudiannya telah diberi penghormatan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan kehormatan utama Pasukan Simpanan Persekutuan.
Sejurus selesai, kedua-dua pucuk pimpinan PDRM dan ATM itu mengabdikan kenangan dengan sesi bergambar di lobi Menara 1.
Hadir sama, barisan pengarah PDRM dan para pegawai kanan PDRM serta ATM.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Zulkifli Haji Zainal Abidin menandatangani buku pelawat.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Zulkifli Haji Zainal Abidin menerima tabik hormat daripada kawalan kehormatan utama.
Sekitar pemeriksaan baris oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Zulkifli Haji Zainal Abidin.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor menerima tabik hormat daripada kawalan kehormatan utama.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador menerima tabik hormat daripada kawalan kehormatan utama.
Ketibaan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Zulkifli Haji Zainal Abidin di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Ketibaan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Zulkifli Haji Zainal Abidin di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Zulkifli Haji Zainal Abidin menerima tabik hormat daripada kawalan kehormatan utama.
Sekitar Kunjungan Hormat Perpisahan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Zulkifli Haji Zainal Abidin di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Sekitar Kunjungan Hormat Perpisahan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Zulkifli Haji Zainal Abidin di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador bergambar kenangan bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Zulkifli Haji Zainal Abidin.
Sekitar Kunjungan Hormat Perpisahan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Zulkifli Haji Zainal Abidin di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Ucapan oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Zulkifli Haji Zainal Abidin.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador bergambar kenangan bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Zulkifli Haji Zainal Abidin.