Article
Pesanankhidmatmasyarakat Berikan Khidmat Terbaik Walaupun Bekerja Dari Rumah
Prestasi tugas bagi anda yang diarahkan untuk bekerja dari rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, hendaklah berada pada tahap t...
Prestasi tugas bagi anda yang diarahkan untuk bekerja dari rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, hendaklah berada pada tahap terbaik seperti bertugas di pejabat.
Meskipun fasiliti di rumah agak terhad, sekurang-kurangnya kemudahan telefon dan internet hendaklah berfungsi dengan baik.
Pada waktu beginilah, anda perlu lebih berdisplin dan sentiasa responsif pada sebarang arahan oleh pihak atasan bagi memastikan segala tugas berjalan dengan sempurna.
Jangan ambil kesempatan atas kepercayaan yang diberikan oleh majikan dengan bersikap sambil lewa atau sentiasa 'hilang dari radar'.
Tetapkan pemikiran (mindset) bahawa di mana sahaja anda bertugas, tanggungjawab dan amanah perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Semoga anda semua menjadi pekerja yang cemerlang dan proaktif walau di mana anda bertugas.
Sumber gambar: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
