Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perutusan Kpn Sempena Sambutan Perayaan Deepavali Tahun 2019

Published: 25 Oct 2019 3.23 AM Updated: 15 Aug 2026 7.14 PM
Salam Sejahtera dan Salam Polis Diraja Malaysia. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat negara ini yang beragama Hindu. Semoga Pesta Cahaya ini dapat memekarkan lagi ikatan perpaduan dan keharmonian sesama kita.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perutusan-kpn-sempena-sambutan-perayaan-deepavali-tahun-2019
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:17 MYT

PERUTUSAN KPN SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN DEEPAVALI TAHUN 2019

Salam Sejahtera dan Salam Polis Diraja Malaysia.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat negara ini yang beragama Hindu. Semoga Pesta Cahaya ini dapat memekarkan lagi ikatan perpaduan dan keharmonian sesama kita.

Sepertimana lain-lain perayaan, kemeriahan Deepavali turut dikongsi bersama oleh seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Kerukunan ini melahirkan perasaan hormat-menghormati dan perpaduan di dalam perbezaan atau 'unity in diversity', yang membuat Malaysia unik dan dikagumi.

Marilah kita mengambil kesempatan ini untuk menyemarakkan lagi budaya kunjung-mengunjung, bagi menyuburkan semangat muhibah antara kita. Sesungguhnya, ia adalah tunjang perpaduan dan ramuan unik kepada kesejahteraan masyarakat. Semoga perpaduan kaum yang dinikmati selama ini, kekal utuh dan berpanjangan.

Bagi memastikan kesejahteraan masyarakat dan ketenteraman awam kekal terpelihara, PDRM komited untuk terus memikul tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi.

Kepada mereka yang merancang untuk pulang ke kampung dengan mengambil kesempatan di atas cuti perayaan ini, pastikan kediaman ditinggalkan dengan keadaan selamat dan terkawal. Berhati-hati di jalan raya dan patuhilah peraturan keselamatan yang telah ditetapkan, agar selamat sampai ke destinasi yang dituju.

“Deepavali Vaalthukkal”

(TAN SRI ABDUL HAMID BIN BADOR) IG
Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia

Pautan Link: https://www.facebook.com/DSHamidBadorKPN12/posts/1236502869878360?__tn__=H-R 

ArticlePublished 25 Oct 2019 3.23 AMUpdated 15 Aug 2026 7.14 PM