Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Koperal Mohd Zamzuri Irwan Dan Asp Cairun Niza Dinobat Juara Tilawah Al Quran Pdrm Peringkat Kebangsaan Tahun 2019

Diterbitkan: 25 Oct 2019 7.39 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kuala Lumpur, 25 Oktober 2019 – Koperal Mohd Zamzuri Irwan Mat Jusoh dari Batalion 9 Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am (PGA) telah dinobatkan sebagai Johan Kategori Qari dengan membawa pulang trofi berserta wang tunai bernilai RM 2,500 manakala ASP Cairun Niza Mohamed Hashim dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman merangkul gelaran Johan Kategori Qariah dan membawa pulang hadiah berupa trofi serta wang tunai benilai RM 2,500 sempena Tilawah Al-Quran Polis Diraja Malaysia (PDRM) Peringkat Kebangsaan 2019 yang telah berlangsung di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/koperal-mohd-zamzuri-irwan-dan-asp-cairun-niza-dinobat-juara-tilawah-al-quran-pdrm-peringkat-kebangsaan-tahun-2019
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:53 MYT

Kuala Lumpur, 25 Oktober 2019 – Koperal Mohd Zamzuri Irwan Mat Jusoh dari Batalion 9 Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am (PGA) telah dinobatkan sebagai Johan Kategori Qari dengan membawa pulang trofi berserta wang tunai bernilai RM 2,500 manakala ASP Cairun Niza Mohamed Hashim dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman merangkul gelaran Johan Kategori Qariah dan membawa pulang hadiah berupa trofi serta wang tunai benilai RM 2,500 sempena Tilawah Al-Quran Polis Diraja Malaysia (PDRM) Peringkat Kebangsaan 2019 yang telah berlangsung di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM.

Pertandingan anjuran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) pada tahun ini yang bertemakan “Negara Rahmah Ummah Sejahtera” telah menampilkan seramai 35 penyertaan dari seluruh kontinjen, briged dan formasi PDRM.

“Budaya pembacaan al-Quran dalam kalangan warga muslim PDRM perlu disuburkan lagi melalui penganjuran program seumpama ini agar kita semua beroleh keberkatan menerusi penghayatan dan memahami isi kandungannya serta dipraktikkan dalam kehidupan seharian,” kata Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador sempena majlis penutupan yang diadakan pagi tadi.

Majlis tilawah al-Quran tahun ini turut mendapat kerjasama daripada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan dan Kumpulan Media Karangkraf.

Turut berlangsung adalah penyampaian lima anugerah sempena Maal Hijrah PDRM dan Pelancaran Buku Jurnal Integriti PDRM, Modul Kefahaman Islam serta Pendidikan Moral.

Turut hadir, Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Dato’ Seri Syaikh Haji Ismail Haji Muhamad, Pengarah JIPS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato' Zamri Yahya, Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, DCP Dato’ Azisman Alias, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dato’ Yong Lei Choo, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Norazrin Marzuki, Pegawai-Pegawai Kanan dan anggota PDRM.

Koperal Mohd Zamzuri Irwan Dan Asp Cairun Niza Dinobat Juara Tilawah Al Quran Pdrm Peringkat Kebangsaan Tahun 2019
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador menyampaikan hadiah kepada Johan Qari Tilawah Al-Quran PDRM Peringkat Kebangsaan Tahun 2019, Kpl Mohd Zamzuri Irwan Mat.

Image may contain: 4 people, people smiling
Puan Sri Norazrin Marzuki menyampaikan hadiah kepada Johan Qariah Tilawah Al-Quran PDRM Peringkat Kebangsaan Tahun 2019, ASP Cairun Niza Mohamed Hashim.

Image may contain: 10 people, table and indoor
Ketibaan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador dan isteri, Puan Sri Norazrin Marzuki.

Image may contain: 21 people, people smiling, people sitting, crowd and indoor
Antara yang hadir di Majlis Tilawah Al-Quran PDRM Peringkat Kebangsaan Tahun 2019.

Image may contain: 1 person, standing
Bergambar kenangan.












ArtikelDiterbitkan 25 Oct 2019 7.39 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM