Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perutusan Ketua Polis Negara Sempena Sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina Tahun 2024

Diterbitkan: 09 Feb 2024 2.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perutusan-ketua-polis-negara-sempena-sambutan-perayaan-tahun-baharu-cina-tahun-2024
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 00:23 MYT
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada warga Polis Diraja Malaysia serta seluruh rakyat Malaysia berketurunan Tionghua yang meraikannya.
Sambutlah perayaan ini dalam suasana aman dan harmoni, dengan menjunjung kesepakatan sebagai sebuah negara yang berbilang agama, bangsa dan budaya. Kekalkanlah kesepaduan sesama kaum, sifat bertolak ansur dan hormat menghormati kerana inilah acuan Malaysia yang telah dibentuk sejak dahulu lagi.
Bersempena dengan kedatangan Tahun Naga dalam kitaran zodiak Cina yang membawa simbolik kekuasaan, keberanian dan keadilan, saya menyeru agar seluruh warga PDRM memasakkan tekad dan iltizam untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang.
Kepada mereka yang akan pulang ke kampung halaman sempena cuti perayaan ini, pandulah dengan berhemah serta patuhi peraturan keselamatan jalan raya yang telah ditetapkan. Pastikan juga kediaman dan premis ditinggalkan dalam keadaan selamat dan berkunci.
Masyarakat juga diingatkan supaya dapat memaklumkan perancangan cuti kepada pihak polis menerusi Borang Maklumat Balik Kampung yang boleh didapati dari Balai Polis berhampiran atau menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP). PDRM akan sentiasa memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan harta benda yang ditinggalkan sentiasa terjamin.
“Gong Xi Fa Cai”

(TAN SRI RAZARUDIN BIN HUSAIN) IG
Ketua Polis Negara Polis Diraja Malaysia

 
ArtikelDiterbitkan 09 Feb 2024 2.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM