Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perutusan Ketua Polis Negara Sempena Sambutan Perayaan Deepavali Tahun 2022

Published: 21 Oct 2022 3.11 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Salam Sejahtera dan Salam Polis Diraja Malaysia Saya dan isteri serta seisi keluarga mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat beragama Hindu yang meraikannya.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perutusan-ketua-polis-negara-sempena-sambutan-perayaan-deepavali-tahun-2022
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:31 MYT
Salam Sejahtera dan Salam Polis Diraja Malaysia

Saya dan isteri serta seisi keluarga mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat beragama Hindu yang meraikannya.

Malaysia adalah sebuah negara yang harmoni dan rakyatnya mampu untuk berlayar dalam satu bahtera yang sama, meskipun terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama. Justeru, saya mengambil kesempatan ini mengajak seluruh rakyat Malaysia serta keluarga besar PDRM untuk terus bersatu padu dan menghargai keamanan yang wujud hasil daripada sikap toleransi dan kerjasama antara kaum.

Seperti lazimnya, masyarakat berbilang kaum akan berkumpul dan berkongsi perayaan yang cukup istimewa ini, dalam suasana yang sungguh meriah dan berwarna-warni. Semoga sambutan kali ini, dapat mengeratkan lagi hubungan muhibbah dan semangat kekeluargaan, tanpa dibatasi perbezaan bangsa, agama atau budaya.

Seperti cahaya yang sentiasa menerangi, PDRM akan terus berusaha untuk memastikan keamanan negara dan kesejahteraan masyarakat, kekal terpelihara agar sinar kebahagiaan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia. Semoga, perayaan Deepavali pada tahun ini akan disambut dengan keceriaan serta penuh kegembiraan bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Deepavali Vaalthukkal”

(TAN SRI ACRYL SANI BIN HJ. ABDULLAH SANI) IG

Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia

May be an image of one or more people and text that says 'FIRAIA MELETOUT SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI 24 OKTOBER 2022 Polis Diraja Malaysia Terbitan
ArticlePublished 21 Oct 2022 3.11 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM