
Artikel
Perutusan Ketua Polis Negara Sempena Sambutan Perayaan Deepavali Tahun 2022
Salam Sejahtera dan Salam Polis Diraja Malaysia Saya dan isteri serta seisi keluarga mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh warga Polis Diraja Malay...
Salam Sejahtera dan Salam Polis Diraja Malaysia
Saya dan isteri serta seisi keluarga mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat beragama Hindu yang meraikannya.
Malaysia adalah sebuah negara yang harmoni dan rakyatnya mampu untuk berlayar dalam satu bahtera yang sama, meskipun terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama. Justeru, saya mengambil kesempatan ini mengajak seluruh rakyat Malaysia serta keluarga besar PDRM untuk terus bersatu padu dan menghargai keamanan yang wujud hasil daripada sikap toleransi dan kerjasama antara kaum.
Seperti lazimnya, masyarakat berbilang kaum akan berkumpul dan berkongsi perayaan yang cukup istimewa ini, dalam suasana yang sungguh meriah dan berwarna-warni. Semoga sambutan kali ini, dapat mengeratkan lagi hubungan muhibbah dan semangat kekeluargaan, tanpa dibatasi perbezaan bangsa, agama atau budaya.
Seperti cahaya yang sentiasa menerangi, PDRM akan terus berusaha untuk memastikan keamanan negara dan kesejahteraan masyarakat, kekal terpelihara agar sinar kebahagiaan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia. Semoga, perayaan Deepavali pada tahun ini akan disambut dengan keceriaan serta penuh kegembiraan bersama keluarga dan rakan-rakan.
“Deepavali Vaalthukkal”
(TAN SRI ACRYL SANI BIN HJ. ABDULLAH SANI) IG
Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia