
Artikel
Perutusan Ketua Polis Negara Sempena Perayaan Hari Krismas Tahun 2022
Salam sejahtera. Saya dan isteri serta seisi keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta seluruh rakyat...
Salam sejahtera.
Saya dan isteri serta seisi keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta seluruh rakyat Malaysia beragama Kristian yang meraikannya.
Sebagai sebuah negara berbilang agama dan bangsa serta dilimpahi dengan kekayaan budaya yang wujud hasil daripada keunikan masyarakat majmuk, rakyat Malaysia sangat bertuah untuk meraikan kepelbagaian sambutan perayaan di negara ini. Justeru, marilah kita sama-sama bersatu hati untuk terus memelihara perpaduan serta mensyukuri nikmat keamanan dan keharmonian yang dikecapi di tanah air ini.
Rasa hormat, persefahaman dan kebertanggungjawaban merupakan kunci untuk kita mencapai kebersamaan dalam melahirkan masyarakat silang kaum dan budaya yang harmoni. Elemen ini juga menjadi teras yang membantu usaha PDRM untuk memperkukuhkan lagi jaringan keselamatan negara demi kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat. Semoga Malaysia akan terus aman dan sentosa dengan rakyatnya yang hidup rukun dan bersatu hati dalam segala hal.
MERRY CHRISTMAS AND HAPPY NEW YEAR
(TAN SRI ACRYL SANI BIN HJ. ABDULLAH SANI) IG
Ketua Polis Negara