Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perutusan Ketua Polis Negara Sempena Perayaan Hari Krismas Tahun 2022

Published: 23 Dec 2022 3.01 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Salam sejahtera. Saya dan isteri serta seisi keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta seluruh rakyat Malaysia beragama Kristian yang meraikannya.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perutusan-ketua-polis-negara-sempena-perayaan-hari-krismas-tahun-2022
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:22 MYT
Salam sejahtera.

Saya dan isteri serta seisi keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta seluruh rakyat Malaysia beragama Kristian yang meraikannya.

Sebagai sebuah negara berbilang agama dan bangsa serta dilimpahi dengan kekayaan budaya yang wujud hasil daripada keunikan masyarakat majmuk, rakyat Malaysia sangat bertuah untuk meraikan kepelbagaian sambutan perayaan di negara ini. Justeru, marilah kita sama-sama bersatu hati untuk terus memelihara perpaduan serta mensyukuri nikmat keamanan dan keharmonian yang dikecapi di tanah air ini.

Rasa hormat, persefahaman dan kebertanggungjawaban merupakan kunci untuk kita mencapai kebersamaan dalam melahirkan masyarakat silang kaum dan budaya yang harmoni. Elemen ini juga menjadi teras yang membantu usaha PDRM untuk memperkukuhkan lagi jaringan keselamatan negara demi kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat. Semoga Malaysia akan terus aman dan sentosa dengan rakyatnya yang hidup rukun dan bersatu hati dalam segala hal.

MERRY CHRISTMAS AND HAPPY NEW YEAR

(TAN SRI ACRYL SANI BIN HJ. ABDULLAH SANI) IG
Ketua Polis Negara

May be an image of text that says 'Selamat Menyambut Hari NIATAL 25 Disember 2022 Polis Diraja Malaysia pdrmsia pdrmsia_official PDRMsia PDRMsia PDRMsia_ O
ArticlePublished 23 Dec 2022 3.01 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM