Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perutusan Ketua Polis Negara Sempena Hari Raya Eid L Fitri Tahun 2023 Masihi 1444 Hijrah

Diterbitkan: 20 Apr 2023 2.25 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Salam Malaysia Madani.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perutusan-ketua-polis-negara-sempena-hari-raya-eid-l-fitri-tahun-2023-masihi-1444-hijrah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:06 MYT
Perutusan Ketua Polis Negara Sempena Hari Raya Eid L Fitri Tahun 2023 Masihi 1444 Hijrah
Laman Utama / Artikel / Perutusan Ketua Polis Negara Sempena Hari Raya Eid L Fitri Tahun 2023 Masihi 1444 Hijrah
Kembali ke Pustaka
Artikel

Perutusan Ketua Polis Negara Sempena Hari Raya Eid L Fitri Tahun 2023 Masihi 1444 Hijrah

Salam Malaysia Madani.
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Syawal,

Salam Malaysia Madani.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd
Alhamdulillah, bergemanya takbir 1 Syawal diiringi dengan tasbih dan tahmid, menandakan kesyukuran tanda kemenangan menyempurnakan Rukun Islam yang ketiga. Semoga kita diberikan kesempatan untuk bertemu lagi dengan Ramadan yang penuh maghfirah pada tahun hadapan, Insya-Allah.

Sesungguhnya, rakyat Malaysia amat bertuah kerana dapat meraikan Eid’l Fitri dalam suasana yang penuh harmoni. Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga, meletakkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat serta keselamatan negara pada tahap yang tertinggi.

Bersempena dengan sambutan Eid’l Fitri yang penuh bermakna ini, marilah kita sama-sama berusaha untuk memastikan keharmonian dan perpaduan yang sekian lama terjalin dalam kalangan rakyat Malaysia, kekal utuh dan berpanjangan. Semarakkanlah kemeriahan lebaran ini bersama sanak saudara, jiran tetangga dan rakan taulan tanpa mengira kaum, kepercayaan mahupun agama dengan meneruskan tradisi kunjung-mengunjung dan bermaafan antara satu sama lain.
Bagi yang akan pulang ke kampung halaman, berhati-hati di jalan raya dan patuhilah peraturan keselamatan yang telah ditetapkan agar kita selamat sampai ke destinasi yang dituju. Pastikan juga rumah ditinggalkan dalam keadaan selamat, agar Eid’l Fitri ini dapat diraikan dengan penuh ketenangan.

Kepada warga PDRM yang bertugas di musim perayaan ini, kuatkan semangat dan tabahkanlah hati sepanjang berjauhan dengan keluarga tersayang. Sesungguhnya, inilah bukti sumpah dan taat setia yang kita ikrarkan, demi memastikan keselamatan dan keamanan negara kekal terpelihara. Semoga segala pengorbanan yang dicurahkan akan mendapat ganjaran tertinggi daripada Allah SWT jua.

Akhirulkalam, saya dan isteri serta seisi keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eid’l Fitri, Minal Aidin Wal Faizin, diiringi salam kemaafan zahir dan batin, kepada warga PDRM dan seluruh rakyat Malaysia. Semoga lebaran kali ini menjadi antara sambutan Syawal yang terindah buat kita semua.

Selamat Hari Raya Eid’l Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

(TAN SRI ACRYL SANI BIN HJ. ABDULLAH SANI) IG
Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia

 
ArtikelDiterbitkan 20 Apr 2023 2.25 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM