Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perutusan Ketua Polis Negara Sempena Hari Raya Eid L Fitri Tahun 2022 Masihi 1443 Hijrah

Published: 29 Apr 2022 4.44 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Segala puji bagi Allah SWT Tuhan Pentadbir semesta alam, atas kebesaran dan izin-Nya jua, kita dapat meraikan Hari Lebaran, tanda kemenangan menyempurnakan Rukun Islam yang ketiga. Semoga segala amal ibadah dan kebajikan yang kita kerjakan di bulan Ramadan Al-Mubarak, bulan yang penuh maghfirah ini akan diterima serta mencapai darjat ketakwaan tertinggi di sisi-Nya jua, Insya-Allah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perutusan-ketua-polis-negara-sempena-hari-raya-eid-l-fitri-tahun-2022-masihi-1443-hijrah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:25 MYT
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Eid’l Fitri.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Walillah hil Hamd

Segala puji bagi Allah SWT Tuhan Pentadbir semesta alam, atas kebesaran dan izin-Nya jua, kita dapat meraikan Hari Lebaran, tanda kemenangan menyempurnakan Rukun Islam yang ketiga. Semoga segala amal ibadah dan kebajikan yang kita kerjakan di bulan Ramadan Al-Mubarak, bulan yang penuh maghfirah ini akan diterima serta mencapai darjat ketakwaan tertinggi di sisi-Nya jua, Insya-Allah.

Sesungguhnya, sambutan Eid’l Fitri pada kali ini amat bermakna kerana kita dapat kembali meraikannya bersama keluarga tercinta serta sanak saudara di kampung halaman, selepas dua (2) tahun tidak dapat berbuat demikian ekoran sekatan perjalanan bagi mengekang penularan wabak maut COVID-19. Meskipun pelbagai kelonggaran telah diberikan oleh Kerajaan ketika ini, teruskanlah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan, agar kita terhindar daripada ancaman COVID-19, sekali gus membolehkan kita menikmati lebaran bersama insan tersayang.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi apa jua kemungkinan, pada bila-bila masa sekalipun, termasuklah di sepanjang lebaran ini. Sehubungan itu, pelbagai elemen yang ada telah diatur gerak untuk bertugas di barisan hadapan dan di perbatasan, demi memastikan keamanan dan keselamatan negara sentiasa terpelihara.

Saya ingin merakamkan setulus penghargaan dan rasa bangga atas pengorbanan yang dicurahkan oleh warga PDRM yang bertugas di musim perayaan ini. Semoga segala khidmat bakti yang dizahirkan akan mendapat ganjaran tertinggi daripada Allah SWT.

Marilah kita bersama-sama meraikan sambutan Eid’l Fitri tahun ini dalam suasana keluarga besar Malaysia dengan mematuhi segala SOP yang ditetapkan. PDRM komited untuk memastikan masyarakat dapat merayakan lebaran dalam suasana kekeluargaan demi kesejahteraan dan selamat sepanjang perjalanan serta dijauhi bencana.

Akhirul kalam, saya dan isteri serta seisi keluarga, menyusun sepuluh jari memohon ampun serta kemaafan atas sebarang kekhilafan, kepada seluruh warga PDRM dan rakyat Malaysia, amnya.

SELAMAT HARI RAYA EID’L FITRI
(TAN SRI ACRYL SANI BIN HJ. ABDULLAH SANI) IG
Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia

No photo description available.
ArticlePublished 29 Apr 2022 4.44 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM