Pertingkatkan Usaha Memperkukuh Pembuktian
Dewasa
ini, tugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangani jenayah masa kini
semakin mencabar berikutan penjenayah yang semakin licik dan turut
mcndalami kepakaran dalam melakukan jenayah. Tidak dapat
dinafikan pengaruh banyak filem mengenai penjenayah atau drama siasatan
jenayah seperti CSI sering mendedahkan taktik sebegini oleh penjenayah
bagi mengelak mereka ditangkap dan didakwa.
Akta
Identifikasi 2009 (Akta 699) dan Peraturan-Peraturan Identifikasi Asid
Deosiribonukleik (DNA) 2012 sudah dikuatkuasakan pada 1 September 2012.
Akta ini memberi kuasa kepada pihak polis untuk mengambil sampel DNA
individu tertentu, menganalisis sampel, menyimpan profil DNA dan
mengurus Sistem Bank Data' DNA Malaysia bagi tujuan siasatan forensik.
Ini merupakan satu usaha PDRM dalam memastikan penurunan kadar jenayah
dan peningkatan kadar pertuduhan kes jenayah di Mahkamah.
Sumber: Akhbar Harian Metro.
