Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pertingkat Pelan Komunikasi Untuk Hadapi Bencana

Diterbitkan: 03 Feb 2015 10.01 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tumpat, 3 Feb - Satu pelan komunikasi yang sistematik perlu diwujudkan bagi semua agensi keselamatan dalam menghadapi bencana termasuk banjir pada masa depan, kata Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Rosli Ab Rahman.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pertingkat-pelan-komunikasi-untuk-hadapi-bencana
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:08 MYT
Tumpat, 3 Feb - Satu pelan komunikasi yang sistematik perlu diwujudkan bagi semua agensi keselamatan dalam menghadapi bencana termasuk banjir pada masa depan, kata Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Rosli Ab Rahman.

Beliau berkata kejadian banjir luar biasa yang melanda negeri ini pada Disember lalu, menyebabkan sistem perhubungan terjejas di beberapa kawasan termasuk di Kuala Krai.

"Keadaan tersebut menyukarkan semua pihak untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan semasa berkaitan dengan musibah banjir di kawasan tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Kursus Asas Pengendalian Bot Enjin Sangkut Peringkat Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Rosli berkata daripada post mortem yang dilakukan terhadap kejadian banjir itu, perkara lain yang perlu ditingkatkan ialah penggunaan Goverment Intergrated Radio Network (GIRN) dan penggunaan walkie talkie.

Beliau berkata sistem perhubungan yang berkesan perlu diwujudkan supaya aktiviti menyelamat dapat diselaraskan dan tidak berlaku pertindihan.

Katanya pihak polis bersama agensi keselamatan lain juga sedang mengenal pasti lokasi sesuai untuk dijadikan tapak pendaratan helikopter bagi memberikan bantuan kepada mangsa di kawasan terbabit.

Kursus asas pengendalian bot enjin sangkut peringkat kontinjen Kelantan itu disertai 42 anggota keselamatan daripada pelbagai agensi termasuk polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. -BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 03 Feb 2015 10.01 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM