Pertemuan Datuk Mohd Khalil Bersama Bekas Pengarah Dan Timbalan Pengarah Jsjn Eratkan Silaturrahim
Shah Alam, 5 November 2019 - Tiada orang lama, maka tiadalah orang baharu dalam Pasukan.
Itulah ungkapan yang cukup sinonim dengan budaya warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) khasnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dalam menghormati bekas-bekas pemimpin terdahulu yang telah banyak menabur budi dan jasa dalam Pasukan.
Bertempat di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor tadi telah berlangsungnya sesi pertemuan santai antara Pengarah JSJN, CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dengan 21 bekas Pengarah, Timbalan Pengarah dan Ketua Penolong Pengarah JSJN.
Antara tokoh jabatan tersebut yang hadir ialah Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim, Tan Sri Mohd Najib Abdul Aziz, Dato' Sri Mokhtar Haji Mohd Shariff, Dato' Sri Mohmad Salleh, Datuk Haji Abang Abdul Wahap Haji Abang Julai dan Datuk Zul Hasnan Najib Baharudin.
Berucap dalam majlis yang bertemakan 'Meeting of the Semerah Padi's', Datuk Mohd Khalil berharap agar platform sebegini diteruskan pada masa akan datang sebagai perkongsian idea dan nasihat dalam menjadikan JSJN terus kekal cemerlang serta relevan.
"Semoga ia menjadi wadah untuk memastikan jalinan ukhuwah kita berterusan, begitu juga sumbangan idea dan pengalaman kepada JSJN," ujar beliau lagi.
Turut hadir, Ketua Polis Selangor, CP Noor Azam Jamaludin, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JSJN, Datin Radziah Zakaria, para pegawai kanan dan wakil media.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd bergambar kenangan bersama tetamu kehormat yang hadir di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd beramah mesra bersama tetamu kehormat yang hadir.