Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pertandingan Menembak Sempena Hari Kor Kadet Ke 41

Published: 11 Jun 2014 1.42 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh (Cawangan Hal Ehwal Awam) telah mengadakan pertandingan menembak M-16 bagi Kor Kadet Polis dalam daerah Polis Ipoh. Sejumlah 28 buah sekolah telah terlibat secara langsun..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pertandingan-menembak-sempena-hari-kor-kadet-ke-41
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:43 MYT
Ipoh, 28 Mac 2011 - Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh (Cawangan Hal Ehwal Awam) telah mengadakan pertandingan menembak M-16 bagi Kor Kadet Polis dalam daerah Ipoh. Sejumlah 28 buah sekolah telah terlibat secara langsung. Bagi kategori guru, setiap sekolah telah menghantar wakil seramai (3) orang manakala kategori kadet seramai (10) orang pelajar terlibat.

Acara menembak ini adalah aktiviti bersama antara IPD Ipoh dengan PPD Kinta (Utara). Pertandingan telah diadakan selama (2) hari iaitu dari 26 Mac hingga 27 Mac 2011 di Lapang Sasar, PGA Ulu Kinta, Ipoh. Seramai 10 pelajar dan 6 guru telah dikenal pasti untuk mewakili daerah Ipoh ke pertandingan Peringkat Kontinjen Perak. Memeriahkan acara, wakil dari PPD Kinta (Utara) iaitu Timbalan PPD Kinta, Tengku Hamzah telah hadir bersama dan menyampaikan beberapa amanat kepada semua yang terlibat.

Pertandingan Menembak Sempena Hari Kor Kadet Ke 41
Taklimat ringkas mengenai peraturan-peraturan di lapang sasar.

Pertandingan Menembak Sempena Hari Kor Kadet Ke 41
Penerangan oleh jurulatih cara-cara menembak yang betul.

Pertandingan Menembak Sempena Hari Kor Kadet Ke 41
Jurulatih menunjukkan sasaran.

Pertandingan Menembak Sempena Hari Kor Kadet Ke 41
Peserta siap untuk melakukan tembakan.

Berita        : HEA IPD Ipoh
Gambar      : HEA IPD Ipoh
Penyunting : F29 Siti Fatimah binti Abdul Manan
ArticlePublished 11 Jun 2014 1.42 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM