Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pertabalan Spb Ydpa Ke 17 Kpn Bersama Pengerusi Perkep Malaysia Penuhi Undangan Ke Majlis Santapan Diraja

Diterbitkan: 20 Jul 2024 3.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
KDYMM SPB YDPA, Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Diraja yang diadakan di Dewan Santapan Utama dengan diiringi oleh Pengawal Tombak dan alunan tiupan nafiri daripada Pancaragam Angkatan Tentera Malaysia.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pertabalan-spb-ydpa-ke-17-kpn-bersama-pengerusi-perkep-malaysia-penuhi-undangan-ke-majlis-santapan-diraja
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:29 MYT
Kuala Lumpur, 20 Julai 2024 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman memenuhi undangan hadir ke Majlis Santapan Diraja Sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda (SPB) Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-17, Sultan Ibrahim di Istana Negara, di sini, malam tadi.

KDYMM SPB YDPA, Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Diraja yang diadakan di Dewan Santapan Utama dengan diiringi oleh Pengawal Tombak dan alunan tiupan nafiri daripada Pancaragam Angkatan Tentera Malaysia.

Turut kelihatan Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay yang hadir di Dewan Santapan Utama bagi meraikan pertabalan Baginda Tuanku berdua.

Dalam majlis yang diadakan turut bercemar duli ialah DYMM Raja-Raja Melayu bersama Raja Permaisuri serta barisan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri dan Toh Puan Negeri termasuk dua tetamu diraja iaitu KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan KDYMM Raja Bahrain Sheikh Hamad Isa Al Khalifa.

Majlis santapan berkenaan merupakan acara keempat selepas majlis bacaan Yasin dan doa selamat di Masjid Negara pada Khamis diikuti Khutbah Khas dan solat Jumaat serta istiadat pertabalan SPB YDPA ke-17 yang diadakan pagi tadi.

Hadir sama, barisan Menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab. Rahman, bekas KPN, Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Polis (KP) Kuala Lumpur, CP Dato' Rusdi Mohd Isa, KP Johor, CP M. Kumar S. Muthuvelu, barisan ketua kementerian dan agensi kerajaan serta barisan perwakilan asing.


May be an image of 2 people, prairie gentian, dais and text

May be an image of 11 people and wedding

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 10 people, flower, dais and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 11 people, dais and wedding

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 1 person

May be an image of 8 people, wedding, dais and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 3 people and dais

ArtikelDiterbitkan 20 Jul 2024 3.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM