Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Persidangan Wadah Perbincangan Isu Jenayah Rentas Antarabangsa

Published: 14 Sep 2015 12.35 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Antara isu yang dibincangkan ialah mengenai Keganasan, Penyeludupan Manusia Dan Jenayah Terancang Dalam Dimensi Maritim yang dibentangkan oleh ACP Nik Aziz Nik Abd Razak mewakili PDRM,
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/persidangan-wadah-perbincangan-isu-jenayah-rentas-antarabangsa
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:04 MYT

Oleh : Kpl Edwind Indo
Foto : Konst Satish a/l Menon
Penyunting : Insp Arisanti Aziz

Kuala Lumpur, 14 Sept – Polis Diraja Malaysia telah diberi mandat untuk menyertai International Meeting On Global Piracy, Armed Roberry And Maritime Security’ dalam langkah membincangkan isu pencegahan kes jenayah antarabangsa.

Persidangan anjuran ‘International Criminal Court’ (ICC) dengan kerjasama ‘International Maritime Bureau’ (IMB) INTERPOL dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tersebut telah diadakan di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, bermula dari 14-15 September 2015.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Antara isu yang dibincangkan ialah mengenai Keganasan, Penyeludupan Manusia Dan Jenayah Terancang Dalam Dimensi Maritim yang dibentangkan oleh ACP Nik Aziz Nik Abd Razak mewakili PDRM,

“ PDRM amat berbesar hati menyertai persidangan ini kerana dapat melihat dan memberi tumpuan kepada jenayah rentas antarabangsa dan berharap pengalaman, pengetahuan dan perspektif keselamatan, ini akan menambah nilai dan maklumat yang amat diperlukan untuk meningkatkan keselamatan negara”, ujar Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar ketika menyampaikan ucap tama di awal progam.

Persidangan itu turut membincangkan langkah-langkah untuk membanteras serangan lanun, pemerdagagan manusia, penyeludupan pendatang asing, pemerdagagan senjata haram, penyeludupan dadah, dan kegiatan lanun rentas sempadan dunia.

Turut hadir adalah Timbalan Pengarah (Kepolisan Am) Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam (KDN/KA), DCP Dato’ Amer bin Haji Awal, Pegawai Kanan PDRM, Pegawai Kanan ICC , Pegawai Kanan INTERPOL dan Pegawai Kanan APMM.

Persidangan Wadah Perbincangan Isu Jenayah Rentas Antarabangsa
Ketibaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar

Persidangan Wadah Perbincangan Isu Jenayah Rentas Antarabangsa
Antara yang hadir dalam program 'International Meeting On Global Piracy, Armed Roberry And Maritime Security’

Ucap tama oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed

Persidangan Wadah Perbincangan Isu Jenayah Rentas Antarabangsa
Ucap tama Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar

ArticlePublished 14 Sep 2015 12.35 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM