
Artikel
Persidangan Aseanapol Ke 41 Tan Sri Razarudin Ketuai Delegasi Pdrm Bincang Isu Jenayah Rentas Sempadan Ke Pentas Antarabangsa
Vientiane, 17 Oktober 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini mengetuai delegasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Persidangan Poli...
Vientiane, 17 Oktober 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini mengetuai delegasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Persidangan Polis ASEAN (ASEANAPOL) kali ke-41 yang berlangsung di Republik Demokratik Rakyat Laos, di sini.
Majlis pembukaan persidangan hari ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri di Kementerian Pertahanan Republik Demokratik Rakyat Laos, H.E. Poh Vilay Lar Khampong di Pusat Konvensyen Kebangsaan, dekat sini.
Bertemakan 'Meningkatkan Perkongsian Dalam Mempromosikan Keamanan, Kedamaian dan Kestabilan', persidangan kali ke-41 amat penting dalam menyatu padukan ASEANAPOL untuk mencegah dan membanteras jenayah rentas sempadan, bagi menjamin keamanan serta kesejahteraan rantau ASEAN.
Manakala isu pokok lain seperti pengedaran dadah, penggunaan bahan kimia haram dan pemerdangan manusia dijangka turut mencuri perhatian dalam persidangan yang dijangka berakhir pada 19 Oktober depan.
Delegasi PDRM yang turut hadir ialah Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia (PERKEP), Puan Sri Zainah Othman, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) JSJ Bukit Aman, DCP Dato' Suresh Kumar G. Suppiah, Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa), SAC Supramaniam Ramasamy dan Pengarah Perkhidmatan Polis Sekretariat Tetap ASEANAPOL, ACP Dr. Bakri Zainal Abid