Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Persidangan Aseanapol Ke 41 Tan Sri Razarudin Ketuai Delegasi Pdrm Bincang Isu Jenayah Rentas Sempadan Ke Pentas Antarabangsa

Published: 17 Oct 2023 2.55 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Vientiane, 17 Oktober 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini mengetuai delegasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Persidangan Polis ASEAN (ASEANAPOL) kali ke-41 yang berlangsung di Republik Demokratik Rakyat Laos, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/persidangan-aseanapol-ke-41-tan-sri-razarudin-ketuai-delegasi-pdrm-bincang-isu-jenayah-rentas-sempadan-ke-pentas-antarabangsa
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:39 MYT
Vientiane, 17 Oktober 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini mengetuai delegasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Persidangan Polis ASEAN (ASEANAPOL) kali ke-41 yang berlangsung di Republik Demokratik Rakyat Laos, di sini.

Tan Sri Razarudin bersama 10 Ketua Polis Negara Asia Tenggara lain tiba di sini semalam bersama beberapa ketua dan wakil negara asing yang diundang selaku pemerhati, pakar perunding termasuk organisasi serantau dan antarabangsa.

Majlis pembukaan persidangan hari ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri di Kementerian Pertahanan Republik Demokratik Rakyat Laos, H.E. Poh Vilay Lar Khampong di Pusat Konvensyen Kebangsaan, dekat sini.

Bertemakan 'Meningkatkan Perkongsian Dalam Mempromosikan Keamanan, Kedamaian dan Kestabilan', persidangan kali ke-41 amat penting dalam menyatu padukan ASEANAPOL untuk mencegah dan membanteras jenayah rentas sempadan, bagi menjamin keamanan serta kesejahteraan rantau ASEAN.

Manakala isu pokok lain seperti pengedaran dadah, penggunaan bahan kimia haram dan pemerdangan manusia dijangka turut mencuri perhatian dalam persidangan yang dijangka berakhir pada 19 Oktober depan.

Delegasi PDRM yang turut hadir ialah Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia (PERKEP), Puan Sri Zainah Othman, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) JSJ Bukit Aman, DCP Dato' Suresh Kumar G. Suppiah, Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa), SAC Supramaniam Ramasamy dan Pengarah Perkhidmatan Polis Sekretariat Tetap ASEANAPOL, ACP Dr. Bakri Zainal Abid

 
 
ArticlePublished 17 Oct 2023 2.55 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM