Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Persidangan Agung Bersama Ppkp Cpw Ppkp Ci Pprpd Sesi 2008 2009

Published: 09 Jun 2014 8.48 AM Updated: 15 Aug 2026 7.46 PM
Kuala Lumpur - Persidangan Agung Bersama Persatuan Pegawai Kanan Polis Cawangan Pegawai Diwartakan (PPKP/CPW), Persatuan Pegawai Kanan Polis Cawangan Inspektor (PPKP/CI) dan Persatuan Pegawai Pangkat ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/persidangan-agung-bersama-ppkp-cpw-ppkp-ci-pprpd-sesi-2008-2009
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:03 MYT

Kuala Lumpur - Persidangan Agung Bersama Persatuan Pegawai Kanan Polis Cawangan Pegawai Diwartakan (PPKP/CPW), Persatuan Pegawai Kanan Polis Cawangan Inspektor (PPKP/CI) dan Persatuan Pegawai Pangkat Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD), Sesi 2008/2009 telah diadakan di Kuala Lumpur International Hotel, Kuala Lumpur pada 10 - 11 November 2008.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Dato' Seri Musa Dato' Hj. Hassan Ketua Polis Negara pada 10 November 2008.

"Bagi saya melalui persidangan ini, adalah medan terbaik untuk menyampaikan segala mesej, pandangan dan cadangan daripada seluruh peringkat pegawai dan anggota dalam pasukan".

"Di samping itu juga segala dasar, agenda dan perancangan pasukan yang digubal akan dapat disampaikan dengan lebih jelas ke peringkat akar umbi. Menjadi tanggungjawab para perwakilan yang merupakan perantara pucuk pimpinan untuk menjadi penyampai mesej yang paling berkesan".

Demikian kata YDH Tan Sri dato Seri Musa ketika berucap di majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Hj. Ismail Haji Omar Timbalan Ketua Polis Negara.

"Saya juga berharap agar para perwakilan supaya sentiasa mempengaruhi ahli agar mengutamakan amalan integriti dan disiplin, iaitu dengan melaksanakan segala arahan yang dikeluarkan oleh pucuk pimpinan", ujar YDH Tan Sri Dato' Seri Musa lagi sambil menasihati seluruh warga PDRM sentiasa berkhidmat dengan ikhlas, telus, bertanggungjawab, bekerjasama dan sentiasa patuh kepada etika dan arahan.

Beberapa arahan yang ditekan oleh YDH Tan Sri Dato' Seri Musa ialah pemeriksaan, latihan kawat dan masa pembelajaran, sistem pemantauan dan seliaan rapi ke atas Kadet ASP, Inspektor dan Konstabel Latihan Asas dan dalam tempoh percubaan serta setelah disahkan dalam jawatan, berkaitan dengan akauntibili penyelia terhadap salahlaku pegawai kanan dan pegawai rendah polis dan Sistem Kawalan Disiplin dan Dadah (SKDD).

Persidangan Agung Bersama Ppkp Cpw Ppkp Ci Pprpd Sesi 2008 2009
Barisan pucuk pimpinan PDRM yang hadir pada Perasmian Persidangan Agung Bersama PPKP/CPW, PPKP/CI & PPRPD Malaysia Sesi 2008/2009.

Persidangan Agung Bersama Ppkp Cpw Ppkp Ci Pprpd Sesi 2008 2009
Perwakilan yang hadir di persidangan itu sedang mendengar ucapan amanat daripada YDHTan Sri Dato' Seri Musa Dato' Hj. Hassan Ketua Polis Negara.

Persidangan Agung Bersama Ppkp Cpw Ppkp Ci Pprpd Sesi 2008 2009
Sub Insp. Norraji Rojo Pengerusi PPRPD Kontinjen Perak sedang mengemukakan soalan kepada Tan Sri Dato Seri Musa Dato Hj. Hassan ketika sesi soal jawab dipersidangan itu.

Persidangan Agung Bersama Ppkp Cpw Ppkp Ci Pprpd Sesi 2008 2009
Koir PPRPD Malaysia dibawah pimpinan Sub Insp. Mohd Rozi Abd. Halim Pengerusi PPRPD Kontinjen Kedah memeriahkan persidangan tersebut.

Persidangan Agung Bersama Ppkp Cpw Ppkp Ci Pprpd Sesi 2008 2009
Presiden PPKP/CPW, Dato Mohd Shukri Dahlan menyampaikan cenderamata kepada YDH Tan Sri Dato' Seri Musa Dato' Hj. Hassan Ketua Polis Negara sambil diperhatikan oleh Sub Insp. Jamal Abdullah Presiden PPRPD dan P/ASP Basharuddin Mohd Nordin Presiden PPKP/CI.

Persidangan Agung Bersama Ppkp Cpw Ppkp Ci Pprpd Sesi 2008 2009
Sub Insp. Harun Hassan, Timbalan Pegawai Turus Persatuan (dua dari kanan) hadir di Persidangan Agung Tahunan PPRPD Malaysia.

ArticlePublished 09 Jun 2014 8.48 AMUpdated 15 Aug 2026 7.46 PM