Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perompak Kedai Telefon Ditangkap

Published: 14 Jan 2017 5.16 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Subang Jaya, 14 Januari 2017 - Tidak sampai tiga hari sebuah kedai telefon dipusat beli-belah Main Place USJ 21, di Subang Jaya, dipecah masuk, polis menemui sebahagian barangan yang dilarikan selepas menahan tiga lelaki termasuk seorang pengusaha kedai telefon di ShahAlam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perompak-kedai-telefon-ditangkap
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:58 MYT

 

Subang Jaya, 14 Januari 2017 - Tidak sampai tiga hari sebuah kedai telefon dipusat beli-belah Main Place USJ 21, di Subang Jaya, dipecah masuk, polis menemui sebahagian barangan yang dilarikan selepas menahan tiga lelaki termasuk seorang pengusaha kedai telefon di ShahAlam. 

Risikan dan intipan oleh Cawangan Risikan dan Operasi Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di sebuah restoran makan segera di Hentian Rehat dan Rawat Genting Sempah, Pahang, 28 Disember lalu berjaya menahan dua suspek lelaki.

Pemeriksaan lanjut terhadap dua suspek yang ditahan menemui dua beg duit mengandungi wang tunai RM3,000, empat telefon bimbit dan merampas sebuah motosikal.

Hasil tangkapan pertama, polis menahan seorang lagi lelaki berusia 40 tahun dipercayai pemilik sebuah kedai menjual telefon bimbit di Taman Alam Megah, Seksyen 27, Shah Alam, kira-kira jam 4.30 petang hari yang sama menemui semula 30 unit telefon bimbit pelbagai jenama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. 

Sumber: Sinar Harian
Perompak Kedai Telefon Ditangkap
ArticlePublished 14 Jan 2017 5.16 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM